Melasma: Kesilapan Biasa & Kenapa Saya Tak Guna Laser
English summary at the end
Amaran biasa dulu: saya bukan nak marah sesiapa.
Hampir setiap pesakit yang datang kepada saya dengan melasma yang degil sebenarnya sedang berusaha bersungguh-sungguh. Selalunya bersungguh sangat, dan selalunya menghabiskan banyak wang. Masalahnya bukan usaha. Masalahnya, melasma ini perlahan, halus, dan mengecewakan — dan "perlahan, halus, mengecewakan" itulah pasaran di mana nasihat yang tak berasas paling subur.
Jadi ini perangkap, bukan tuduhan.
Bahagian 1: Empat kesilapan yang saya paling kerap lihat
1. Tidak cukup serius dengan pelindung matahari
Kesedaran tentang pelindung matahari di Malaysia rendah secara mengejutkan untuk sebuah negara tropika. Kita hidup betul-betul di bawahnya, tapi ia masih dianggap barang pilihan untuk ke pantai.
Empat cara ia gagal:
Berhenti bila keadaan bertambah baik. Kulit nampak elok, jadi pelindung matahari rasa kurang perlu. Tapi kemajuan tu ialah pelindung matahari yang sedang bekerja. Ini yang paling merugikan dalam senarai, dan ia sentiasa dilakukan atas sebab yang bunyinya munasabah.
Kurangkan jumlah sebab rasa membazir. Ia mahal, jadi orang berjimat. Tapi perlindungan bergantung pada ketebalan sapuan — angka pada label diukur pada jumlah tertentu. Guna sebahagian kecil, anda tidak dapat perlindungan yang berkadaran; anda dapat jauh lebih kurang.
Tak ikut panduan dua jari. Untuk muka, itu jumlah sepanjang jari telunjuk dan jari hantu. Kebanyakan orang guna calitan kecil dan percaya mereka terlindung.
Tak sapu semula. Sekali waktu pagi, lepas tu tiada apa-apa selama sepuluh jam dalam iklim ni.
Dan ingat, yang perlu dihalang bukan UV sahaja — cahaya nampak memacu melasma, sebab itulah pelindung matahari perlu ada iron oxide, dan sebab itulah saya minta sekurang-kurangnya dua kali sehari walaupun pada hari anda langsung tak keluar bangunan.
Melasma cepat menghukum kecuaian. Tertinggal beberapa kali, kena matahari terus, dan selalunya saya boleh nampak kegelapan tu masa temujanji berikutnya.
2. Terlalu tamak, mahu hasil terlalu cepat
Melasma mengambil masa bertahun-tahun untuk terbentuk. Dan orang mengharapkan ia hilang dalam beberapa minggu.
Saya faham sepenuhnya dorongan tu — anda tengok cermin setiap hari, dan memerhati sesuatu yang berubah dalam skala bulan secara harian rasa macam tiada apa-apa berlaku.
Realistiknya: mungkin sedikit perubahan pada satu bulan. Penilaian yang bermakna ialah pada tiga bulan dan ke atas.
Ada dimensi emosi dalam hal ni yang saya rasa patut diakui, sebab penilaian "dah kurang gelap ke belum" itu subjektif. Tak macam ruam yang hilang atau luka yang sembuh, "dah lebih cerah ke?" bergantung pada pencahayaan, mood anda pagi tu, dan apa yang anda bandingkan. Dua orang boleh tengok muka yang sama dan tak bersetuju. Pesakit jadi patah semangat pada hari pencahayaan tak menyebelahi mereka, dan gembira pada hari yang menyebelahi — dan kedua-dua bacaan tu tak bermakna banyak.
Jadi sebahagian daripada tugas saya semasa rawatan ialah memberi galakan dan menguruskan jangkaan serentak. Bunyinya bercanggah, tapi tidak. Saya nak anda cukup berharap untuk teruskan, dan cukup realistik untuk tidak berhenti pada minggu keenam.
Apa yang patut dibuat: berhenti menilai setiap hari. Beri tiga bulan sebelum membuat sebarang keputusan, dan biarkan temujanji susulan jadi tempat penilaian itu berlaku, bukan cermin bilik air pukul tujuh pagi.
3. Tukar-tukar produk, tukar-tukar doktor
Kedua-duanya versi kepercayaan yang sama: bahawa di luar sana ada satu krim ajaib, atau satu klinik, yang ada jawapannya.
Tukar produk bermakna berpusing dari satu pembelian ke satu pembelian — serum baru setiap beberapa minggu, setiap satu ditinggalkan sebelum ia sempat menunjukkan apa-apa, dan kegagalan setiap satu diambil sebagai bukti bahawa yang seterusnya ialah jawapannya.
Satu versi yang saya nak tandakan khusus: titisan atau infusi vitamin C. Ini dipromosikan dengan kuat untuk masalah pigmen. Saya guna hujah yang sama — kalau vitamin C melalui salur darah boleh membersihkan melasma dengan boleh dipercayai, itu akan jadi pengetahuan umum yang sangat besar dan ia akan jadi rawatan standard di serata dunia. Ia bukan.
Tukar doktor bermakna satu hingga dua minggu dengan seorang doktor, tiada keajaiban yang kelihatan, terus ke doktor seterusnya. Saya pernah terima pesakit yang dah jumpa beberapa orang doktor dalam beberapa bulan, dengan satu beg penuh regim separuh jalan.
Memandangkan penilaian yang bermakna berlaku pada tiga bulan, orang yang beralih pada minggu kedua dijamintakkan pernah tahu sama ada apa-apa berkesan. Mereka akan mengumpul temujanji pertama sampai bila-bila. Dan mereka hilang konteks terkumpul — selepas dua tiga kali jumpa, saya dah tahu sejarah anda, pencetus anda, kulit anda bertindak balas macam mana dengan ubat mana.
Apa yang patut dibuat: pilih satu pendekatan, beri ia peluang sebenar, dan kalau anda tak puas hati, datang balik dan cakap. Pesakit yang beritahu saya "ini tak berkesan" sedang memberi maklumat berguna. Itu bukan aduan dan saya takkan ambil hati. Dan kalau kes anda memang perlukan orang lain, saya akan beritahu dan rujuk — saya doktor am yang minat mendalam dalam kulit, bukan pakar dermatologi.
4. Mitos hidrasi
Yang ni lebih khusus, dan saya jarang lihat ia dibincangkan.
Hidrasi telah dipasarkan dengan begitu agresif sehingga ia jadi jawapan universal. Hidrasi untuk pigmen. Hidrasi untuk kedutan. Hidrasi untuk jerawat. Setiap masalah, penyelesaian yang sama.
Hidrasi memang penting. Saya bukan menolaknya. Tapi yang lebih penting ialah lapisan pelindung kulit (barrier) yang baik — dan dua benda tu bukan perkara yang sama, walaupun pemasaran dah kaburkan sempadannya.
Ini sebab hidrasi dapat begitu banyak perhatian: ia memberi hasil yang cepat dan kelihatan. Guna satu mask hidrasi dan anda akan nampak perbezaan serta-merta. Kulit nampak lebih penuh, lebih licin, lebih baik.
Dan beberapa jam kemudian, ia hilang.
Itulah keseluruhan fenomenanya. Ia kesan kosmetik sementara daripada kandungan air, bukan perubahan pada cara kulit anda berfungsi. Ia terasa macam keberkesanan justeru sebab ia begitu cepat — yang mana adalah bertentangandengan segala yang benar-benar merawat melasma, di mana perubahan bermakna mengambil masa berbulan dan anda hampir tak dapat melihatnya berlaku.
Jadi jadilah satu keadaan yang malang: benda yang memberi maklum balas serta-merta sebenarnya tak banyak membantu pigmen anda, sementara benda yang benar-benar membantu hampir tak memberi maklum balas langsung selama berbulan-bulan. Tak sukar nak agak yang mana orang akan condong kepadanya.
Apa yang patut dibuat: jaga keselesaan kulit dan sokong lapisan pelindung — terutama sebab sesetengah rawatan melasma boleh mengeringkan. Cuma jangan silap anggap hidrasi sebagai rawatan. Kalau rutin anda terdiri daripada produk hidrasi dan tiada apa-apa yang menangani penghasilan pigmen atau menghalang cahaya, anda ada rutin yang menyenangkan, bukan rawatan.
Bahagian 2: Kenapa saya tidak guna laser atau peeling untuk melasma
Saya kerap ditanya, jadi biar saya nyatakan pendirian saya.
Saya tidak menawarkan laser atau peeling untuk melasma.
Bukan sebab saya fikir prosedur tak berguna — ia berguna, dan untuk beberapa masalah pigmen yang lain ia memang membantu. Bukan juga sebab saya menentang teknologi.
Sebabnya terletak pada apa sebenarnya melasma itu.
Model dalam kepala yang menyebabkan masalah
Kebanyakan orang membayangkan melasma sebagai kesan noda. Ada pigmen dalam kulit anda. Ia tak sepatutnya ada di situ. Jadi penyelesaian yang jelas ialah buangnya.
Model tu masuk akal secara naluri, dan itulah sebab laser terasa macam jawapan yang logik. Ia juga model yang salah.
Melasma bukan mendapan. Ia proses yang aktif. Sel penghasil pigmen dalam kulit anda telah menjadi terlalu aktif, dan mereka sedang, hari ini, petang ni, bertindak balas kepada cahaya dan isyarat hormon dengan menghasilkan lebih banyak pigmen daripada sepatutnya. Sebab itulah ia mengambil masa bertahun untuk terbentuk, dan sebab itulah ia tak kekal hilang.
Bila anda tukar kepada model yang betul, masalah dengan pendekatan "buang" jadi jelas. Anda boleh buang pigmen yang ada. Tapi anda langsung tak menyentuh sebab ia dihasilkan. Jadi sel-sel tu terus buat apa yang mereka buat, dan pigmen tu kembali.
Masalah yang lebih besar: melasma bertindak balas dengan teruk bila dicetuskan
Ini bahagian yang saya paling mahu difahami, sebab ia beza antara "prosedur tu tak banyak membantu" dan "prosedur tu boleh meninggalkan anda lebih teruk".
Kulit yang cenderung melasma bertindak balas kepada keradangan dengan menghasilkan pigmen. Itu pada dasarnya kecacatan asasnya — mesin pigmen tu terlalu sensitif. Apa sahaja yang merengsakan atau mencederakan kulit berisiko mencetuskan tepat tindak balas yang kita cuba tekan.
Dan prosedur berfungsi dengan mencederakan kulit secara terkawal. Itulah mekanismenya. Haba, atau bahan kimia, atau gangguan fizikal, diikuti penyembuhan.
Jadi dengan melasma, anda sedang melakukan sesuatu yang meradang kepada kulit yang bertindak balas terhadap keradangan dengan membuat pigmen. Kadang-kadang anda terlepas. Kadang-kadang tidak — dan hasilnya lebih gelap atau lebih tak sekata daripada titik permulaan.
Pigmen lantunan macam tu selalunya lebih sukar dirawat daripada masalah asal yang membawa orang tu datang.
Prinsip yang sama mengalir melalui semua pendekatan saya — sebab itulah laluan hydroquinone disapu nipis bukan tebal, sebab itulah tretinoin diperkenalkan secara berperingkat, dan sebab itulah saya tak menggalakkan pengelupasan yang agresif.
Dalam melasma, kerengsaan bukan bukti sesuatu sedang berkesan. Ia faktor risiko.
Apa yang saya buat sebaliknya
Perlindungan matahari campur ubat topikal, bertujuan mengurangkan pigmen kemudian mengekalkannya.
Kurangkan, kemudian pegang — bukan buang kemudian tengok ia datang balik. Itu keseluruhan falsafahnya. Ia kurang menarik daripada sebuah mesin. Tiada siapa pernah teruja mendengar bahawa jawapannya ialah disiplin. Tapi itulah yang bertahan selama bertahun-tahun, iaitu skala masa yang sebenarnya penting untuk keadaan ni.
Prosedur berguna untuk apa
Saya nak berlaku adil. Prosedur memang memperbaiki masalah pigmen — untuk masalah yang betul. Sesetengah jenis pigmen memang mendapan: jumlah terhad, terletak di situ, tidak sedang ditambah. Untuk yang tu, membuangnya strategi yang munasabah.
Melasma bukan salah satu daripadanya.
Dan ini membawa kepada komplikasi yang saya hadapi selalu: kebanyakan pigmen muka adalah campuran. Jadi soalannya jarang bersih — dan kalau ada komponen melasma yang bermakna, risiko mencetuskannya terpakai tak kira apa lagi yang ada dalam campuran tu.
Kalau anda mempertimbangkan prosedur di tempat lain
Saya takkan beritahu anda apa nak buat dengan muka anda sendiri. Apa yang saya cadangkan ialah tanya beberapa soalan dulu:
Diagnosis saya sebenarnya melasma, atau campuran? Kalau tiada siapa ambil sejarah yang betul — bila ia mula, apa yang berlaku sebelumnya, kehamilan, ubat hormon, tindak balas sebelum ni — maka diagnosis di sebalik cadangan tu nipis.
Apa yang berlaku selepas prosedur? Kalau jawapannya tak termasuk pelan perlindungan matahari dan ubat topikal, maka tiada apa-apa yang menangani proses yang menghasilkan pigmen tu.
Apa pelannya kalau ia datang balik lebih gelap? Soalan mudah, tapi jawapannya beritahu anda banyak tentang betapa telitinya risiko tu difikirkan.
Berapa banyak sesi, dalam tempoh berapa lama, dan apa jadi bila saya berhenti?
Kalau anda dapat jawapan yang baik untuk soalan-soalan tu, terpulang. Pendirian saya adalah pendirian saya, dan pengamal yang munasabah menimbang perkara ni secara berbeza. Tapi soalan-soalan tu cara anda membezakan cadangan yang difikirkan daripada cadangan yang refleks.
Klinik Dr Tan (Skin & Acne), Lot 27, Tingkat Bawah, Blok D, Lintas Square, Kota Kinabalu. WhatsApp 017-234 7328. Temujanji lebih baik — dan bawa produk yang anda dah guna, semua sekali.
Saya doktor am yang minat mendalam dalam masalah kulit, bukan pakar dermatologi. Kalau sesuatu kes memang perlukan penilaian pakar, saya akan beritahu dan rujuk.
Tempah konsultasi dengan Dr. Tan melalui tempahan dalam talian atau WhatsApp 017-234 7328.
Summary in English
I'm Dr Tan, a GP with a strong interest in skin (not a dermatologist), at Klinik Dr Tan (Skin & Acne) in Lintas Square, Kota Kinabalu.
Four common mistakes:
Not taking sunscreen seriously enough. Stopping when it improves (the improvement is the sunscreen working), rationing the amount because it feels wasteful, ignoring the two-finger rule, and not reapplying. Remember it's visible light as well as UV — hence iron oxide, and at least twice daily even on days you never leave the building. Melasma punishes lapses fast: I can often see the darkening at the next visit.
Expecting results too fast. Melasma takes years to form; the meaningful assessment is at three months and beyond. Judging improvement is genuinely subjective — lighting and mood change the reading — so my job during treatment is to encourage and manage expectations simultaneously. Stop assessing daily; let the review appointments be where judgement happens.
Product shopping and doctor shopping. Both come from believing there's one miracle cream or one clinic with the answer. Vitamin C infusions get the same reasoning: if IV vitamin C reliably cleared melasma, it would be standard treatment everywhere. Since meaningful assessment happens at three months, moving on at two weeks guarantees never finding out whether anything works. If treatment isn't working, come back and say so — that's useful information, not a complaint.
The hydration myth. Hydration is important, but a good skin barrier matters more, and they aren't the same thing. Hydration gets attention because it gives fast visible results — and a few hours later it's gone. That's a temporary cosmetic effect from water content, not a change in how skin functions. It feels like efficacy precisely because it's quick, which is the opposite of everything that actually treats melasma. Support your barrier, but don't mistake hydration for treatment.
Why I don't do lasers or peels for melasma:
Most people picture melasma as a stain to be removed. It's not a deposit — it's an active process. The pigment cells are overactive and responding to light and hormones every day. Remove the pigment and you haven't touched the reason it's being made, so it returns.
The bigger problem: melasma-prone skin responds to inflammation by producing pigment, and procedures work by injuring skin in a controlled way. Sometimes you get away with it; sometimes the result is darker or patchier than the starting point, and that rebound pigmentation is often harder to treat than the original problem. The same principle explains why hydroquinone goes on thinly, why tretinoin is introduced gradually, and why I discourage aggressive exfoliation. In melasma, irritation isn't evidence something is working — it's a risk factor.
My approach: sun protection plus topicals. Reduce it, then hold it — rather than remove and recur. Less exciting than a machine, but it's what holds up over years.
Procedures are useful for the right problem — some pigmentation genuinely is a finite deposit. Melasma isn't. And since most facial pigmentation is mixed, the risk applies wherever a meaningful melasma component is present.
If considering a procedure elsewhere, ask: is my diagnosis actually melasma or a mixture; what's the sun protection and topical plan afterwards; what happens if it comes back darker; how many sessions and what happens when I stop?
Klinik Dr Tan (Skin & Acne), Lot 27, Ground Floor, Block D, Lintas Square, Kota Kinabalu. WhatsApp 017-234 7328. Appointments preferred.
Book a consultation with Dr. Tan — Book Online or WhatsApp 017-234 7328.





Comments